Tiket penerbangan kelas ekonomi termasuk surcaj minyak dan cukai penerbangan.
Penginapan hotel bertaraf 3* sepanjang lawatan termasuk cukai bandar (city taxes).
Sarapan pagi, makan tengahari dan makan malam sepanjang lawatan mengikut aturcara.
Tiket lawatan Bana Hills (Cable Car, Golden Bridge dan Theme Park).
Menaiki sampan Basket Boat di Hoi An.
Pengangkutan bas persiaran berhawa dingin yang selesa.
Perkhidmatan ketua rombongan dan pemandu pelancong yang professional.
Tip pemandu pelancong san pemandu bas persiaran.
Compulsory Stop: Jewellery Shop & Bamboo Shop.
Surcaj tambahan ketika waktu perayaan, puncak dan cuti sekolah.
Servis tambahan di hotel seperti snek, mini bar, dobi dan porter.
Makan minum, tiket masuk lawatan dan tempat lawatan selain dari yang dinyatakan.
Bayaran tambahan lebihan had bagasi penerbangan.
Perkara lain selain dari yang dinyatakan di dalam aturcara dan pakej termasuk
Itinerary
Berkumpul di KLIA untuk menaiki penerbangan ke Da Nang. Lawatan di Da Nang:
Mengambil peluang bergambar di Jambatan Naga (Dragon Bridge), ikon terkenal Bandar Da Nang. Jambatan ini menampilkan reka bentuk naga yang melambangkan kemewahan dan kekuatan dalam budaya Vietnam. Pada waktu malam, struktur ini disinari oleh ribuan lampu LED berwarnawarni yang mencipta pemandangan yang amat memukau.
Meneroka dan merakam momen di Dragon Carp, arca unik hasil ukiran 30 tukang seni dari Non Nuoc. Dengan reka bentuk yang menyerupai Merlion di Singapura, air pancut ini menjadi simbol daya tarikan moden di tepi Sungai Da Nang.
Berfoto di Love Lock Bridge yang diinspirasikan dari jambatan padlock terkenal dunia iaitu Pont des Arts di Paris, Hohenzollern di Jerman dan Milvio di Itali.
Bermalam di Da Nang.
Lawatan di Ba Na Hills:
Melawat ke Ba Na Hills yang mula dibuka oleh penjajah Perancis pada tahun 1919, kemudian dijadikan sebagai tempat persinggahan dan tempat rehat mereka pada hujung minggu. Ba Na Hills ini mempunyai ketinggian 1500-meter dari aras laut, menjadikan suhunya sederhana sejuk sepanjang tahun.
Para peserta akan menaiki kereta kabel selama kira-kira 15 hingga 20 minit untuk menuju ke puncak Ba Na Hills. Di sini, peserta berpeluang menerokai pelbagai tarikan menarik termasuk taman tema yang penuh dengan elemen fantasi dan seni bina Eropah yang menakjubkan seperti:
Golden Bridge: Jambatan emas yang diangkat oleh tangan batu gergasi. Saksikan panorama indah sambil merasai pengalaman luar biasa di salah satu tarikan pelancongan paling popular di Vietnam • Le Jardin D'amour (Paradise Garden): Taman bunga Le Jardin D’Amour mempunyai keluasan 21,000 meter persegi dan mempunyai lebih 1000 spesis pokok hidup. Taman bunga gaya Perancis sentiasa menjadi tempat tarikan pelancong terutamanya pencinta alam semula jadi.
Da Nang French Village: Langkahkan kaki ke dunia lain di Da Nang French Village — sebuah replika menawan yang membawa anda merasai pengalaman berjalan-jalan di Perancis zaman klasik. Dari hotel yang cantik, kafe hingga kedai makan penuh gaya, semua bangunan direka dengan seni bina klasik yang memukau dan penuh pesona.
Fantasy Park: Taman tema Indoor ini terbahagi kepada tiga tingkat, di mana aras satu menempatkan Thrill Zone, aras dua Spirit of Adventure, dan aras tiga Mystery World, masing-masing menawarkan pengalaman yang berbeza dan menarik. Para peserta berpeluang mencuba pelbagai permainan seperti Roller Coaster, 360 Ferris Wheel, Rock Climbing, dan banyak lagi.
Bamboo Shop, pelancong dapat melihat pelbagai produk yang diperbuat daripada buluh seperti perabot, peralatan dapur dan cenderamata. Kedai ini memperkenalkan budaya tempatan serta gaya hidup mesra alam yang diamalkan oleh masyarakat Vietnam.
Bermalam di Da Nang.
Lawatan di Hoi An:
Bertolak ke Hoi An dan singgah di Non Nuoc Stone Village. Masyarakat di perkampungan ini berkemahiran mengukir kraftangan dengan menggunakan batu marmar dan batu-batu yang lain.
Peserta akan menaiki sampan bulat yang dipanggil sebagai Basket Boat melalui laluan sungai di sepanjang Bay Mau Coconut Forest yang berusia lebih lebih dari 200 tahun. Rasai pengalaman melihat persembahan menarik seperti “Basket Dance”, demonstrasi menangkap ikan menggunakan jala besar dan lain-lain. Peserta digalakkan memberi tip kepada pengemudi Basket Boat.
Melawat Old Quarter Hoi An. Kebanyakan bangunan dan rumah di sini adalah struktur reka bentuk tradisional sejak abad ke-17. Bandar bersejarah yang terletak di wilayah Quang Nam ini pernah menjadi tempat perdagangan terbesar Asia Tenggara pada abad ke-17.
Jewellery Shop menjual pelbagai barangan kemas seperti emas, perak dan batu permata. Lawatan ini bertujuan untuk mempamerkan hasil pertukangan tangan Vietnam.
Masa bebas untuk membeli belah di Da Nang Market. Peserta boleh membeli pelbagai jenis barangan unik seperti pakaian, kraftangan tempatan dan cenderahati dengan harga yang berpatutan.
Masa bebas bersiar-siar di My Khe Beach. Sambil anda mendengar bunyi ombak yang menenangkan minda, anda juga boleh merendam kaki di air pantai, bermain pasir dan melihat matahari terbenam.
Bermalam di Da Nang.
Bertolak ke lapangan terbang untuk penerbangan pulang.
Leave a review