5H 4M BANGKOK + KANCHANABURI

0 (0 Reviews)
Thailand
From: RM2,690
0
(0 review)
Inquiry
Duration

5 Days

Tour Type

Specific Tour

Group Size

30 people

Languages

English, Malaysia

About this tour

Highlights

  • Safari Park Kanchanaburi
  • Maeklong Railway Market
  • Damnoen Saduak Floating Market
  • Skywalk Over The River Kwai

Included/Excluded

  • Tiket penerbangan kelas ekonomi termasuk surcaj minyak dan cukai penerbangan.
  • Penginapan hotel bertaraf 3* sepanjang lawatan termasuk cukai bandar (city taxes).
  • Sarapan pagi di hotel, makan tengahari dan makan malam sepanjang lawatan mengikut aturcara.
  • Tiket masuk ke tempat lawatan: Skywalk Over The River Kwai, Safari Park Kanchanaburi, Classic Train Ride dan Chao Phraya River Tourist Boat.
  • Pengangkutan sampan di Damnoen Saduak Floating Market
  • Pengangkutan bas persiaran berhawa dingin yang selesa.
  • Perkhidmatan ketua rombongan dan pemandu pelancong yang professional.
  • Tip pemandu pelancong dan pemandu bas persiaran
  • Insurans kembara (travel insurance).
  • Surcaj tambahan ketika waktu perayaan, puncak dan cuti sekolah.
  • Servis tambahan di hotel seperti snek, mini bar, dobi dan porter.
  • Makan minum, tiket masuk lawatan dan tempat lawatan selain dari yang dinyatakan.
  • Bayaran tambahan lebihan had bagasi penerbangan.
  • Perkara lain selain dari yang dinyatakan di dalam aturcara dan pakej termasuk

Itinerary

Berkumpul di KLIA untuk menaiki penerbangan ke Bangkok.

Lawatan di Bangkok:

  • Bee Farm: Ladang dan pusat pemprosesan madu lebah kecil yang mempamerkan produk madu asli serta barangan berasaskan lebah. Lawatan di Kanchanaburi:
  • Kanchanaburi Skywalk: Jambatan kaca moden yang terletak di tebing Sungai Kwai, menawarkan pengalaman berjalan di atas lantai kaca dengan pemandangan sungai dan bandar Kanchanaburi dari ketinggian.
  • River Kwai Bridge: River Kwai Bridge ialah jambatan bersejarah di Kanchanaburi yang dibina semasa Perang Dunia Kedua sebagai sebahagian daripada laluan Death Railway yang menghubungkan Thailand dan Burma (Myanmar). menawarkan pemandangan Sungai Kwai serta peluang bergambar di lokasi ikonik yang sarat dengan nilai Sejarah.
  • Bermalam di Kanchanaburi.

Lawatan di Kanchanaburi:

  • Safari Park Kanchanaburi: Keunikan Safari Park ini adalah pelawat boleh memandu kereta sendiri atau menggunakan pengangkutan yang disediakan untuk mendekati dan melihat haiwan. Syurga bagi mereka yang gemar bergambar kerana anda boleh berjumpa dengan pelbagai haiwan daripada anak harimau sehinggalah gajah dan berpeluang memberi makan kepada zirafah dalam jarak dekat, selain pertunjukan buaya yang menarik.
  • Death Railway River Kwai: Melawat jambatan landasan keretapi merentasi River Kwai yang amat bersejarah dan terkenal dengan jolokan nama Death Railway kerana berpuluh ribu nyawa buruh paksa terkorban ketika laluan keretapi sepanjang 415km yang menghubungkan Thailand-Burma ini dibina.
  • Merasai pengalaman bermakna dengan menaiki Classic Train Ride yang melalui sepanjang Death Railway dengan pemandangan damai River Kwai dan bukit-bukau.
  • Isi masa terluang dengan membeli-belah di JJ Local Night Market, pasar malam yang menawarkan pelbagai jenis makanan jalanan, produk kecantikan, pakaian dan aksesori elektronik.
  • Bermalam di Kanchanaburi.

Lawatan di Ratchaburi:

  • • Damnoen Saduak Floating Market: Pengalaman berharga menaiki sampan menyusuri terusan Damnoen Saduak yang menempatkan pasar terapung yang paling terkenal di dunia ini dan telah wujud sejak kurun ke-18 lagi.

Lawatan di Samut Songkhram:

  • • Maeklong Railway Market: Pasar yang unik dengan peniaga menjual barangan mereka di tepi rel keretapi dan akan mengalihkan barangan setiap kali keretapi lalu.

Lawatan di Bangkok:

  • • Ramkhamhaeng Night Market: Pasar malam popular di Bangkok yang menawarkan pelbagai barangan seperti pakaian, aksesori dan cenderahati pada harga berpatutan, menjadikannya lokasi santai untuk membeli-belah dan menikmati suasana malam Bangkok.

Bermalam di Bangkok.

Lawatan di Bangkok:

  • Gems Factory: Gems Factory ialah galeri dan kilang batu permata Thailand yang mempamerkan proses pemotongan serta penghasilan barang kemas berkualiti tinggi.
  • Platinum Mall (Pratunam Area): Waktu bebas membeli belah di Platinum Mall di Bangkok yang merupakan syurga membeli-belah bagi pencinta fesyen, menawarkan pelbagai pilihan pakaian trendy pada harga borong dan runcit yang sangat berpatutan dan murah.
  • Chao Phraya River Tourist Boat: Menyusuri sepanjang Chao Phraya River sambil menaiki bot Persiaran.
  • ICONSIAM Shopping Mall: Masa bebas untuk membeli-belah dan bersiar-siar.
  • Bermalam di Bangkok.

Lawatan di Bangkok:

  • Erawadee Herb: Erawadee Herb ialah pusat produk herba dan kesihatan Thailand yang menawarkan pelbagai barangan berasaskan herba semula jadi seperti minyak urut, balm, produk aromaterapi dan suplemen tradisional.
  • MBK Center: Kompleks membeli-belah pelbagai barangan dengan lebih 2,000 buah kedai yang menjadi tumpuan pelancong Malaysia.
  • December’s Mall: Pusat membeli-belah di Bangkok yang terkenal dengan pelbagai barangan fesyen, pakaian, aksesori dan cenderahati pada harga borong dan berpatutan.

Menaiki penerbangan pulang dan mendarat di KLIA Terminal 1.

Durations

Multi day

Languages

English
Malaysia

Tour's Location

Thailand

Reviews

0/5
Not Rated
(0 Reviews)
Excellent
0
Very Good
0
Average
0
Poor
0
Terrible
0
0 reviews on this Tour - Showing 1 to 0

Write a review

From: RM2,690
0 (0 Reviews)

Why book with us?

  • Secure & Trusted

    Secure & Trusted

    Your Privacy Matters – We safeguard your information with industry-leading security.

  • 24/7 Assist

    24/7 Assist

    Our staff are ready to assist you at any moment.

  • Affordable & Realible

    Affordable & Realible

    Get the best value for your money with our trusted services.

Owner

admin

Member Since 2026

Information Contact

Email

info@maribercuti.com

Website

maribercuti.com

Phone

+60395204110

Explore other options