Tiket penerbangan kelas ekonomi termasuk surcaj minyak dan cukai penerbangan.
Penginapan hotel bertaraf 3* sepanjang lawatan termasuk cukai bandar (city taxes).
Sarapan pagi di hotel, makan tengahari dan makan malam sepanjang lawatan mengikut aturcara.
Tiket masuk ke tempat lawatan
Pengangkutan bas persiaran berhawa dingin yang selesa.
Perkhidmatan ketua rombongan dan pemandu pelancong yang professional.
Tip pemandu pelancong dan pemandu bas persiaran.
Surcaj tambahan ketika waktu perayaan, puncak dan cuti sekolah.
Servis tambahan di hotel seperti snek, mini bar, dobi dan porter.
Makan minum, tiket masuk lawatan dan tempat lawatan selain dari yang dinyatakan.
Optional tour.
Bayaran tambahan lebihan had bagasi penerbangan.
Perkara lain selain dari yang dinyatakan di dalam aturcara dan pakej termasuk
Itinerary
Berkumpul di KLIA untuk menaiki penerbangan ke Haikou, Hainan.
Bermalam di Haikou.
Lawatan di Haikou:
Melawat Haikou Waterfront Center yang menawarkan pemandangan laut yang indah serta kemudahan membeli-belah, restoran, dan ruang rekreasi. Pelancong boleh bersiar-siar di sepanjang pesisir pantai, menikmati makanan tempatan, membeli-belah, dan mengambil gambar sambil merasai suasana santai bandar Haikou.
Melawat Old Town Arcades kawasan bersejarah ini terkenal dengan deretan bangunan arked lama yang mempamerkan seni bina klasik Cina dan kolonial.
Melawat Ocean Flower Island, yang menawarkan pelbagai tarikan hiburan berasaskan laut, termasuk permainan, pertunjukan dan kawasan rekreasi yang sesuai untuk keluarga.
Bersiar-siar di Ocean Flower Dynasty Feast, kawasan jamuan bertema diraja ini menawarkan pelbagai hidangan mewah yang diilhamkan oleh budaya dan sejarah dinasti China. Pelancong boleh mencuba pelbagai jualan makanan istimewa.
Bermalam di Danzhou.
Lawatan di Sanya:
Berpeluang solat di Nankai Mosque yang merupakan masjid yang indah dengan seni bina Islam tradisional dan suasana yang tenang. Pelancong boleh mengagumi reka bentuk yang rumit, mendengar azan yang merdu, dan mempelajari sejarah komuniti Muslim tempatan.
Melawat Tianya Town di Hainan yang menawarkan suasana budaya tempatan dengan kedai unik, makanan tradisional, dan seni jalanan, di mana pelancong boleh berjalan santai, bergambar, dan menikmati hidangan tempatan.
Melawat Ocean Health Center yang menawarkan pelbagai rawatan dan aktiviti kesihatan berasaskan laut, termasuk spa, terapi air laut, dan program pemulihan tubuh.
Bersiar-siar di Sanya Internet Celebrity Night Market yang menawarkan pelbagai makanan jalanan, barangan unik, dan cenderamata menarik yang sering menjadi tumpuan media sosial. Pelancong boleh berjalan-jalan, mencuba hidangan tempatan, membeli barangan trendy, serta mengambil gambar di lokasi yang penuh warna-warni dan meriah.
Bermalam di Sanya.
Tradisional Chinese Medicine Culture Center yang mempamerkan sejarah, teori, dan amalan perubatan tradisional Cina. Pelancong boleh belajar tentang herba dan teknik rawatan tradisional, menyaksikan demonstrasi terapi, serta memahami kepentingan budaya kesihatan Cina secara mendalam.
Melawat Beautiful Crown Big Tree Mansion merupakan destinasi unik ini terkenal dengan seni bina yang menggabungkan rumah pokok dan reka bentuk moden.
Yalong Bay Rose Valley mempunyai ladang bunga mawar yang luas dan pemandangan semula jadi yang indah.
Bergambar di Coconut Dream Corridor (Photo Stop) yang menawarkan laluan berhiaskan pokok kelapa yang cantik, sesuai untuk bergambar dan sesi fotografi.
Bermalam di Sanya.
Berpengaman untuk menaiki Helicopter Low Altitude yang akan berterbang sepanjang 1 km untuk menikmati pemandangan dan bergambar di sekitar Sanya.
Bamboo Charcoal Health Center menawarkan pelbagai rawatan kesihatan dan kecantikan menggunakan arang buluh, termasuk spa, terapi tubuh, dan aktiviti relaksasi.
Menaiki penerbangan pulang ke Kuala Lumpur. Tiba di Lapangan Terbang Kuala Lumpur.
Leave a review