6H 4M BEIJING

0 (0 Reviews)
China
From: RM3,390
0
(0 review)
Inquiry
Duration

6 Days

Tour Type

Specific Tour

Group Size

30 people

Languages

English, Malaysia

About this tour

Highlights

  • Forbiden City
  • Great Wall Of China
  • Summer Palace
  • Niujie Mosque

Included/Excluded

  • Tiket penerbangan kelas ekonomi termasuk surcaj minyak dan cukai penerbangan.
  • Penginapan hotel bertaraf 3* sepanjang lawatan termasuk cukai bandar (city taxes).
  • Sarapan pagi di hotel, makan tengahari dan makan malam sepanjang lawatan mengikut aturcara.
  • Tiket masuk ke tempat lawatan
  • Pengangkutan bas persiaran berhawa dingin yang selesa.
  • Perkhidmatan ketua rombongan dan pemandu pelancong yang professional.
  • Tip pemandu pelancong dan pemandu bas persiaran.
  • Travel insurans
  • Surcaj tambahan ketika waktu perayaan, puncak dan cuti sekolah.
  • Servis tambahan di hotel seperti snek, mini bar, dobi dan porter.
  • Makan minum, tiket masuk lawatan dan tempat lawatan selain dari yang dinyatakan.
  • Bayaran tambahan lebihan had bagasi penerbangan.
  • Perkara lain selain dari yang dinyatakan di dalam aturcara dan pakej termasuk

Itinerary

Berkumpul di KLIA 1 dan menaiki penerbangan ke Beijing

Lawatan di Beijing:

  • Berfoto di Bird Nest Stadium yang merupakan sebuah stadium ikonik pada Sukan Olimpik Beijing 2008. Ini kerana rekabentuknya sangat unik seakan berbentuk sarang burung, di mana struktur luaran stadium diperbuat daripada besi keluli yang dianyam menghasilkan corak seperti jeriji.
  • Berfoto di Water Cube yang merupakan salah satu lokasi acara Olimpik berbentuk kiub besar buih sabun dan kini telah diubahsuai menjadi taman air dan juga sebagai taman beriadah.
  • Bersolat di masjid yang tertua di Beijing, Niujie Mosque yang dibina pada tahun 996 ketika Dinasti Liao. Senibina masjid ini merupakan seni campuran ukiran Islam dan kaum Han, dan disini ada disimpan kitab Al-Quran yang berusia lebih 300 tahun. Masjid ini hampir musnah diserang tentera Genghis Kham pada 1215 tetapi telah dibaik pulih pada 1443 ketika Dinasti Ming.
  • Membeli-belah di Muslim Supermarket, dimana tetamu boleh mendapat barangan yang halal seperti rempah-ratus, sayur-sayuran, produk tenusu, roti dan juga kacang-kacang seperti buah berangan, almond dan lain-lain.
  • Bermalam di Beijing.

Lawatan di Beijing:

  • Melawat Tiananmen Square yang merupakan sebuah dataran yang penuh dengan sejarah. Antaranya adalah tragedi demonstrasi pro demokrasi para pelajar universiti pada tahun 1989. Di sini terdapat binaan penting seperti Monument to the People's Heroes, Great Hall of the People dan Gate of Heavenly Peace selain Mausoleum of Mao Zedong dan National Museum of China.
  • Forbidden City: Kompleks istana berusia lebih 600 tahun yang dibina pada tahun 1406 semasa Dinasti Ming. Kota istana yang dikelilingi tembok setinggi 8m dan parit ini menjadi kediaman dan pusat pemerintahan maharaja China sehingga tahun 1924. Kompleks istana ini terbahagi kepada 2 bahagian; Outer dan Inner Court.
  • Masjid Nandouya merupakan salah satu masjid tertua di bandar itu. Ia mempunyai seni bina tradisional Cina dengan pengaruh Islam, berfungsi sebagai pusat ibadah dan komuniti.
  • Herbal Medicine Centre adalah tempat yang menawarkan rawatan tradisional menggunakan herba semula jadi untuk kesihatan dan kesejahteraan. Ia sering menyediakan perkhidmatan seperti diagnosis perubatan Cina, akupunktur, dan ramuan herba khas.
  • Menyaksikan persembahan penuh dengan illusi, mistik dan mendebarkan di Acrobatic Show pada sebelah petang.
  • Menikmati pemandangan waktu malam Sungai Liangma yang sangat menakjubkan dengan pantulan cahaya neon di permukaannya. Laluan tepi sungai yang diterangi lampu mencipta suasana romantik dan tenang untuk pelancong.
  • Bermalam di Beijing.

Lawatan di Beijing:

  • Great Wall of China: Tembok pertahanan yang dikira sebagai salah satu keajaiban dunia ini dibina seawal kurun ke-7 sebelum masihi dan dipanjangkan oleh maharajamaharaja yang memerintah negara China sehingga mencecah sepanjang 21,000 km. Tetamu akan dibawa melawat ke salah satu seksyen yang dipanggil Juyongguan Great Wall yang dibina oleh Dinasti Ming pada 1368.
  • Bersolat di masjid lama Fayuan Mosque, yang dibina ratusan tahun dahulu oleh Dinasti Qing.
  • Lawatan ke Burning Cream Center, sebuah toko perubatan tradisional China yang menggabungkan pelbagai herba yang digunakan turun temurun.
  • Masa bebas untuk bersiar-siar dan membeli-belah di Wangfujing Street yang merupakan kawasan membeli-belah yang terbesar dan paling terkenal di China yang wujud beratus tahun dahulu sejak dari zaman Dinasti Ming lagi. Bermalam di Beijing.

Lawatan bulan Disember - Februari

  • Dibawa ke Ski Resort untuk merasai pengalaman bermain salji di Ski Resort. Kos Tambahan:
  • Sewa pakaian Ski RM 100, sewa peralatan Ski RM 120 & Sled luncur (pilihan) RM60. Snow Playing (Snow Tubes & Banana Boat): RM100.

Lawatan di Beijing:

  • Istana Musim Panas (Summer Palace) di Beijing ialah taman diraja terbesar di China, terkenal dengan landskap indahnya, tasik yang luas, dan seni bina klasik. Dahulu tempat peristirahatan diraja, kini ia menjadi tarikan pelancongan popular.
  • Kunjungi Jade Center, terkenal dengan koleksi batu jed berkualiti tinggi yang menjadi perhiasan penting tradisi orang China.
  • Hongqiao Market di Beijing terkenal sebagai destinasi membeli-belah pelbagai barangan, termasuk mutiara, batu permata, sutera, elektronik, dan cenderamata. Ia sering dikunjungi pelancong yang mencari mutiara berkualiti tinggi dan barangan buatan tangan dengan harga yang boleh dirunding.
  • Membeli-belah di Silk Market. Sesuai namanya, kawasan ini terkenal menjual kain pakaian sutera dan di sini terdapat Silk Market yang setinggi 6 tingkat dengan lebih 1,000 buah kedai yang menjual pelbagai jenis barangan dan cenderamata selain sutera
  • Melawat The Place, bangunan yang cukup terkenal dengan World’s Largest LED Screen. Layar skrin LED ini digunakan untuk memaparkan pelbagai animasi termasuk berita, iklan dan visual artistik.
  • Bermalam di Beijing.

Menaiki penerbangan pagi pulang ke Kuala Lumpur.

Durations

Multi day

Languages

English
Malaysia

Tour's Location

China

Reviews

0/5
Not Rated
(0 Reviews)
Excellent
0
Very Good
0
Average
0
Poor
0
Terrible
0
0 reviews on this Tour - Showing 1 to 0

Write a review

From: RM3,390
0 (0 Reviews)

Why book with us?

  • Secure & Trusted

    Secure & Trusted

    Your Privacy Matters – We safeguard your information with industry-leading security.

  • 24/7 Assist

    24/7 Assist

    Our staff are ready to assist you at any moment.

  • Affordable & Realible

    Affordable & Realible

    Get the best value for your money with our trusted services.

Owner

admin

Member Since 2026

Information Contact

Email

info@maribercuti.com

Website

maribercuti.com

Phone

+60395204110

Explore other options