5H 4M SHANGHAI + DISNEYLAND

0 (0 Reviews)
From: RM3,490
0
(0 review)
Inquiry
Duration

5 Days

Tour Type

Daily Tour

Group Size

30 people

Languages

English, Malaysia

About this tour

Highlights

  • Shanghai Disneyland
  • Nanjing Pedestrian Street
  • Jinmao Tower
  • The Bund

Included/Excluded

  • Tiket penerbangan kelas ekonomi termasuk surcaj minyak dan cukai penerbangan.
  • Penginapan hotel bertaraf 3* sepanjang lawatan termasuk cukai bandar (city taxes).
  • Sarapan pagi di hotel, makan tengahari dan makan malam sepanjang lawatan mengikut aturcara.
  • Tiket masuk ke tempat lawatan seperti yang dinyatakan.
  • Pengangkutan bas persiaran berhawa dingin yang selesa.
  • Perkhidmatan ketua rombongan dan pemandu pelancong yang professional.
  • Tip pemandu pelancong dan pemandu bas persiaran.
  • Compulsory shopping: Pearl Museum, Silk Factory, Jade Centre
  • Travel insurans
  • Surcaj tambahan ketika waktu perayaan, puncak dan cuti sekolah.
  • Servis tambahan di hotel seperti snek, mini bar, dobi dan porter.
  • Makan minum, tiket masuk lawatan dan tempat lawatan selain dari yang dinyatakan.
  • Bayaran tambahan lebihan had bagasi penerbangan.
  • Perkara lain selain dari yang dinyatakan di dalam aturcara dan pakej termasuk

Itinerary

Berkumpul di KLIA Terminal 1 untuk menaiki penerbangan ke Shanghai.

Lawatan di Shanghai:

  • Membeli-belah di Nanjing Pedestrian Street untuk membeli cendera mata atau pakaian dari kedai yang terdapat disini termasuk butik-butik terkenal.
  • The Bund: sebuah kawasan dermaga yang telah wujud sejak awal abad ke-20, kini ia telah digazet sebagai tempat bersejarah di Shanghai. Terdapat banyak bangunan berbentuk gothik, baroque, neoclassical serta renaissance yang masih dapat dilihat dikawasan ini seperti bangunan HSBC, Bank of Taiwan dan banyak lagi.
  • Starbucks Roastery: Pernah dinobatkan sebagai cawangan terbesar di dunia pada tahun 2017, singgah sebentar untuk menikmati kopi dengan sedikit bayaran tambahan, ia menyediakan 3 bar kopi sepanjang 88 kaki, menjadikan ia bar kopi Starbuck terpanjang didunia.
  • The Louis Vuitton Giant Ship Flagship Store (photo stop): Mercu tanda ikonik berbentuk kapal gergasi Louis Vuitton yang terkenal sebagai spot fotografi popular di Shanghai.
  • Bermalam di Shanghai.

Lawatan di Suzhou:

  • Couple Retreat Garden: Sebuah halaman yang dipenuhi dengan pelbagai lanskap yang disusun indah, merentasi setiap taman yang mempunyai identiti tersendiri. Tersenarai sebagai tapak warisan UNESCO, ia terbahagi kepada 3 bahagian iaitu Eastern, Middle Mansion dan Western Garden. Tetamu juga diberi kesempatan menaiki bot untuk keluar dari kawasan halaman ini.
  • Singgah sebentar untuk solat di Taiping Fang Mosque, yang merupakan masjid utama disini yang telah dibina pada tahun 1928.
  • Pearl Museum: Membeli-belah di pameran mutiara asli China dan cenderamata tempatan
  • Shantang Ancient Street: Sebuah perkampungan yang wujud dari dinasti Tang, ia pada asalnya adalah sebuah kawasan empangan, dan disambung dengan membina beberapa batang jalan yang berhubung dengan jambatan dari batu, dan ia berkembang hingga menjadi sebuah penempatan. Kini ia telah disenarai antara sejarah penting buat negara China. Banyak bangunan dengan senibina kuno dan jambatan dapat dilihat disini.
  • Bermalam di Shanghai.

Lawatan di Shanghai:

  • Masa bebas untuk berhibur dengan keluarga di Shanghai Disneyland, ia menawarkan pelbagai tarikan disini seperti Pixar Toy Story Land, Fantasy Land, Tomorrowland dan banyak lagi. Akhiri hari dengan menyaksikan tembakan bunga api penuh warna-warni dengan perarakan sebelum kembali ke hotel.
  • Bermalam di Shanghai.

Lawatan di Shanghai:

  • Membeli-belah di Silk Factory dengan pelbagai rekabentuk yang disediakan disini, dari sarung bantal, alas katil, pakaian dan banyak lagi.
  • Dibina pada tahun 1917, singgah solat di Little Peach Garden Mosque, masjid terbesar di Shanghai yang dapat memuatkan sehingga 500 orang pada satu masa.
  • Berjalan kembali ke masa silam di Chenghuang Miao Business District, dimana bangunan lama dihiasi pelbagai warna-warni dengan pelbagai barangan antik, cenderahati, kraftangan dan banyak lagi boleh didapati disini. Kemudian meneruskan perjalanan menyelusuri ke Zigzag Bridge, sebuah jambatan yang berbentuk zigzag merentasi permukaan tasik.
  • Meluangkan masa untuk membeli-belah di Shanghai Gemstone Carving Hall.
  • Membeli-belah di A.P Plaza yang menawarkan pelbagai barangan tempatan, fesyen dan cenderamata dengan harga berpatutan.
  • Bermalam di Shanghai.

Lawatan di Shanghai:

  • Jinmao Tower: Tetamu diberi peluang melihat Oriental Pearl Tower yang terletak seberang bangunan ini dari tingkat 88. Disamping itu, menikmati pemandangan indah kota yang penuh dengan bangunan pencakar langit ini. Dengan atrium yang kelihatan seperti berputar dengan warna keemasan tanpa ruang dan masa.

Menaiki penerbangan pulang ke Kuala Lumpur. Tiba di KLIA Terminal 1.

Durations

Multi day

Languages

English
Malaysia

Tour's Location

Reviews

0/5
Not Rated
(0 Reviews)
Excellent
0
Very Good
0
Average
0
Poor
0
Terrible
0
0 reviews on this Tour - Showing 1 to 0

Write a review

From: RM3,490
0 (0 Reviews)

Why book with us?

  • Secure & Trusted

    Secure & Trusted

    Your Privacy Matters – We safeguard your information with industry-leading security.

  • 24/7 Assist

    24/7 Assist

    Our staff are ready to assist you at any moment.

  • Affordable & Realible

    Affordable & Realible

    Get the best value for your money with our trusted services.

Owner

admin

Member Since 2026

Information Contact

Email

info@maribercuti.com

Website

maribercuti.com

Phone

+60395204110

Explore other options