6H 4M JEJU + UDO ISLAND

0 (0 Reviews)
Korea
From: RM4,990
0
(0 review)
Inquiry
Duration

6 Days

Tour Type

Specific Tour

Group Size

30 people

Languages

English, Malaysia

About this tour

Highlights

  • Haenyo
  • Yongyeon Bridge
  • Udo Island
  • Seongsan Ilchubong

Included/Excluded

  • Tiket penerbangan kelas ekonomitermasuk surcaj,minyak dan cukai penerbangan
  • Penginapan hotel bertaraf 3* sepanjang lawatan termasuk cukai bandar (city taxes).
  • Sarapan pagi di hotel, makan tengahari dan makan malam sepanjang lawatan mengikut acara.
  • Tiket masuk ke tempat lawatan
  • Pengangkutan feri ke Pulau Udo (tiket dua hala).
  • Kos pemprosesan K-ETA (untuk warganegara Malaysia sahaja).
  • Pengangkutan bas persiaran berhawa dingin yang selesa.
  • Perkhidmatan ketua rombongan dan pemandu pelancong yang professional.
  • Tip pemandu pelancong dan pemandu bas persiaran.
  • Urusan permohonan K-ETA (perlu dilakukan oleh travel agent sendiri.
  • Surcaj tambahan ketika waktu perayaan, puncak dan cuti sekolah.
  • Servis tambahan di hotel seperti snek, mini bar, dobi dan porter.
  • Makan minum, tiket masuk lawatan dan tempat lawatan selain dari yang dinyatakan.
  • Bayaran tambahan lebihan had bagasi penerbangan.
  • Perkara laian selain dari yang dinyatakan di dalam aturcara dan pakej termasuk.
  • Aktiviti tambahan di Pulau Udo seperti bas tour dan sewa basikal.

Itinerary

Berkumpul di KLIA Terminal 1 untuk menaiki penerbangan ke Incheon.

Lawatan di Incheon:

  • Songwol-dong Fairy Tale Village: Sebuah perkampungan unik yang dihiasi mural dan arca bertemakan cerita dongeng seperti Cinderella dan Snow White. Setiap sudut sangat berwarna-warni dan menarik untuk fotografi
  • Incheon Open Port: Kawasan bersejarah yang menjadi pintu masuk perdagangan antarabangsa Korea pada zaman dahulu. Di sini dapat dilihat bangunan lama dengan pengaruh seni bina Barat dan Jepun. Bergerak ke Gimpo airport untuk penerbangan ke Jeju. Lawatan di Jeju:
  • Mysterious Road: Jalan misteri yang terkenal dengan ilusi optic- kenderaan yang diletakkan dalam keadaan neutral seolah-olah bergerak mendaki bukit.
  • Gunung Hallasan (Road 1100): Laluan tertinggi di Jeju yang menawarkan pemandangan indah Gunung Hallasan serta landskap semula jadi yang menakjubkan, terutama ketika musim sejuk atau luruh.
  • Daftar masuk hotel di Jeju.

Lawatan di Timur Jeju:

  • Gimnyeong Beach: Pantai yang terkenal dengan pasir putih halus dan air laut jernih berwarna biru kehijauan. Suasana tenang sesuai untuk santai dan bergambar.
  • Woljeong Beach: Pantai popular dengan deretan kafe hipster menghadap laut. Tempat ideal untuk menikmati kopi sambil melihat pemandangan laut yang luas.
  • Seongsan Ilchulbong: Tapak warisan UNESCO yang terbentuk daripada letusan gunung berapi. Terkenal sebagai lokasi terbaik untuk melihat matahari terbit dengan panorama kawah yang unik.
  • Seongeup Folk Village: Perkampungan tradisional yang masih mengekalkan gaya hidup lama masyarakat Jeju. Pelawat boleh melihat rumah batu, pagar jerami, dan budaya tempatan.
  • O’sulloc Tea Museum: Ladang teh hijau terkenal di Jeju. Pelawat boleh menikmati minuman berasaskan matcha serta mempelajari proses penghasilan teh.
  • Innisfree Jeju House: Pusat pengalaman jenama kecantikan yang menggunakan bahan semula jadi dari Jeju. Turut menawarkan produk eksklusif dan ruang santai.
  • Bermalam di Pulau Jeju.

Lawatan di Pulau Udo (termasuk feri dua hala):

  •  Pulau Udo: merupakan sebuah pulau kecil yang sering digelar sebagai “Mini Jeju” kerana keindahan alam semula jadinya yang cukup mempesona. Pulau ini terkenal dengan pantai berpasir putih dan air laut berwarna biru kehijauan yang jernih. Antara lokasi menarik yang boleh dikunjungi ialah Pantai Geommeolle yang dikelilingi formasi batuan unik seakan Grand Canyon, Pantai Udo Sanho yang terkenal dengan pasir daripada batu alga atau Rhodoliths, Pantai Hagosudong yang menawarkan suasana perkampungan nelayan, serta Pantai Dolcani dengan bentuk pantai menyerupai palungan. Di sini juga, pengunjung boleh melihat dengan lebih dekat Haenyeo, atau lebih dikenali sebagai “Jeju Mermaid”, iaitu penyelam wanita tradisional yang menyelam tanpa tangki oksigen untuk mengutip hasil laut. Kebanyakan daripada mereka berusia lebih 40 tahun dan masih aktif meneruskan warisan unik ini .

Kos tambahan:

Tour Bas 6000KRW, Basikal dan Elektrik Bike 10000KRW - 50000KRW

  • Membeli-belah di Cosmetic Outlet dan Red Pine Tree Shop.
  • Dongmun Market: Salah satu pasar tradisional yang paling sibuk di Pulau Jeju yang menjual pelbagai produk tempatan Korea seperti 'Street Food', cenderamata dan juga makanan laut segar
  • Bermalam di Jeju.

Lawatan di Utara Jeju:

  • Yongduam Rock: Batu Yongduam terkenal dengan bentuk unik menyerupai seekor naga yang sedang mengaum keluar dari lautan, selari dengan namanya yang membawa maksud “Kepala Naga”. Ketika angin bertiup kencang dan ombak menghempas pantai, formasi batu ini kelihatan seakan-akan hidup dan bersedia untuk terbang ke langit.
  • Yongyeon Bridge: merupakan sebuah jambatan gantung yang terkenal dengan panorama malam yang memukau. Dihiasi pencahayaan lembut yang memantul di permukaan air yang tenang serta dikelilingi kehijauan semula jadi, lokasi ini menawarkan suasana damai dan romantik. Ia juga menjadi tempat ideal untuk aktiviti fotografi dan bersiar-siar pada waktu malam.
  • Iho Tewoo Horse Lighthouse: Rumah api unik berbentuk kuda merah dan putih, sering menjadi lokasi fotografi. Bergerak ke Jeju airport untuk penerbangan pulang ke Seoul.
  • Bermalam di Incheon.

Menaiki penerbangan pulang ke Kuala Lumpur. (Tiba di KLIA1 Terminal 1).

Durations

Multi day

Languages

English
Malaysia

Tour's Location

Korea

Reviews

0/5
Not Rated
(0 Reviews)
Excellent
0
Very Good
0
Average
0
Poor
0
Terrible
0
0 reviews on this Tour - Showing 1 to 0

Write a review

From: RM4,990
0 (0 Reviews)

Why book with us?

  • Secure & Trusted

    Secure & Trusted

    Your Privacy Matters – We safeguard your information with industry-leading security.

  • 24/7 Assist

    24/7 Assist

    Our staff are ready to assist you at any moment.

  • Affordable & Realible

    Affordable & Realible

    Get the best value for your money with our trusted services.

Owner

admin

Member Since 2026

Information Contact

Email

info@maribercuti.com

Website

maribercuti.com

Phone

+60395204110

Explore other options